suria

Gempa 7.0 Landa Jepun, Tiada Amaran Tsunami

TOKYO: Gempa bumi berukuaran 7.0 magnitud melanda Tokyo ketika rakyatnya sedang mempersiapkan diri untuk meraikan sambutan Tahun Baru 2012, Ahad lalu.

Japan Meteorologi Jepun melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 2.28 petang waktu tempatan dengan kedalaman kira-kira 370 kilometer.

Pusat gempa dikesan berlaku berhampiran Torishima iaitu kira-kira 560 kilometer dari selatan Tokyo.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami AS di Hawaii.

Gempa bumi kuat itu turut menggegar beberapa bangunan di Tokyo tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Artikel Lain