suria

Bekas Presiden Macedonia Meninggal Dunia

SKOPJE: Bekas Presiden Macedonia, Kiro Gligorov yang memerintah selama dua penggal selepas negara itu berpecah dari Yugoslavia pada era 90-an, meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pegawai di pejabat Gligorov, beliau meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di ibu negara, Macedonia, Skopje pada petang Ahad.

Gligorov dilantik sebagai Presiden Macedonia pada Januari 1991 ketika negara itu masih dalam republik Yugoslavia.

Beliau memperjuangkan kemerdekaan Macedonia menerusi satu referendum untuk menuntut kebebasan daripada Yugoslavia.

Negara yang mempunyai 2.1 juta penduduk itu merupakan satu-satunya republik yang berpecah dari Yugoslavia tanpa peperangan.

Artikel Lain