suria

Satu Puak Di India Korbankan Budak Perempuan Untuk Dipersembah Kepada Tuhan

RAIPUR: Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun telah menjadi mangsa korban ritual keagamaan satu puak yang ingin mempersembahkan hatinya kepada tuhan sebagai ganti kepada doa mereka agar tanaman menjadi semakin baik.

Polis mengesahkan kejadian itu berlaku di Negeri Chhattisgarh.

Mayat Lalita Tati telah ditemui pada bulan Oktober lalu iaitu seminggu selepas keluarganya membuat laporan polis akan kehilangan anggota keluarga mereka.

"Hasil siasatan kami mendapati, budak perempuan berusia tujuh tahun itu telah menjadi mangsa korban ritual mereka yang mempercayai menyembahkan korban itu kepada tuhan akan mendatangkan hasil yang lebih baik kepada tanaman mereka," kata Narayan Das, Ketua Polis Daerah Bijapur.

Dua orang suspek telah ditahan polis atas dakwaan membunuh Rabu lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain