GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan amaran bahawa kajian dijalankan oleh beberapa institusi yang menghasilkan mutasi virus influenza H5N1 boleh mengancam kesihatan orang awam, lapor media tempatan China, Xinhua.Menurut laporan media, sebuah pasukan dari Pusat Perubatan Erasmus di Rotterdam, Perancis mencipta mutasi virus tersebut yang membolehkannya merebak di antara feret. Virus tersebut juga boleh menjangkiti manusia dan mambawa maut.Kajian sama turut dilakukan oleh pasukan penyelidikan dari Universiti Wisconsin Amerika Syarikat (AS) dan Unversiti Tokyo, Jepun.WHO berkata, perkara yang lebih membimbangkan adalah mengenai kesan buruk yang dihasilkan kajian makmal itu."Walaupun penyelidikan berkaitan ilmu pengetahuan perlu diteruskan, beberapa kajian terutamanya yang boleh menghasilkan virus berbahaya mempunyai risiko besar," katanya.WHO menegaskan bahawa kajian sedemikian perlu dilakukan selepas risiko ancaman kesihatan dan kebaikannya dikenal pasti dan dikaji semula sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan potensi dijangkiti virus tersebut.