suria

Pemaju Asia Aktif Dalam Pasaran Pangsapuri Australia

MELBOURNE: Para pemaju Asia, yang kebanyakannya dari Singapura, bergerak aktif di dalam sektor pangsapuri Australia, dengan penguasaan agihan kira-kira 30 peratus daripada hartanah berkenaan.

Para pemaju Malaysia, China, Korea dan India juga bersaiz besar.

Akhbar "The Age" berkata para pelabur asing terlibat dengan 13,000 pangsapuiri di dalam 37 projek di Australia.

Berasaskan purata bilangan pangsapuri yang disiapkan pada 2011, ia mewakili agihan pasaran sehingga 32 peratus, demikian menurut dapatan penyelidikan yang dilaksanakan oleh kumpulan hartanah, CBRE.

Kira-kira 40 peratus daripada projek sedang dibina manakala selebihnya masih berada pada peringkat perancangan atau pemasaran.

"Sembilan puluh dua peratus daripada pemaju Asia adalah dari Singapura yang terlibat di dalam 92 peratus daripada kesemua pangsapauri yang dicadangkan atau dibangunkan oleh syarikat asing," kata Pengarah Eksekutif CBRE Kevin Stanley kepada akhbar itu. - BERNAMA

Artikel Lain