suria

Penerbit 'Survivor' Bakal Dibicarakan Tuduhan Bunuh Isteri

LOS ANGELES: Penerbit program realiti TV Bruce Beresford-Redman akan dibicarakan di Mexico atas pertuduhan membunuh isterinya selepas gagal mencabar perintah ekstradisi, kata peguam beliau, Selasa.

Beresford-Redman, 40, bekas produser Survivor dan Pimp My Ride yang dicalonkan dalam anugerah Emmy dituduh terlibat dalam kematian isterinya, kelahiran Brazil, Monica Burgos, 41, di sebuah resort di Cancun pada April 2010.

Dalam satu kenyataan, peguam beliau Richard Hirsch dan Vicki Podberesky tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Daerah AS minggu lepas yang meluluskan permintaan Mexico untuk ekstradisi beliau.

Mereka menambah: "Selepas berunding dengan beliau, Bruce telah memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan dan kembali ke Mexico serta membela diri atas pertuduhan."

"Dia tidak bersalah dan adalah menjadi harapan mahkamah di Mexico akan menjamin bahawa dia akan menerima satu perbicaraan yang adil, yang mana dia sendiri yakin bahawa dia akan dilepaskan."

Burgos ditemui mati dalam keadaan berbogel dalam pembetung di resort Cancun di mana Beresford-Redman telah melaporkan kehilangan isterinya tiga hari sebelum dia pergi bercuti dengan dua anak mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain