suria

Obama Lawat Lokasi Snorkeling Popular Dalam Percutiannya

HONOLULU: Presiden Barack Obama dan keluarganya menghabiskan petang yang panas dan cerah di salah sebuah lokasi snorkeling paling popular di pulau Oahu, di mana mereka melepaskan empat penyu laut hijau ke dalam laut.

Obamas tiba di Hanauma Bay pada hari Selasa selepas 40 minit memandu dalam perjalanan indah dari rumah percutian yang disewa dengan harga jutaan dolar di Pantai Kailua.

Selama dua jam di teluk berkenaan, Obama melepaskan empat penyu laut hijau yang dibela dalam sangkar ke dalam air biru yang jernih.

Hanauma Bay merupakan destinasi kegemaran Obama ketika sambutan tahunan Krismas mereka di Hawaii. Keluarganya sentiasa pergi ke lokasi popular itu pada hari Selasa, kerana ia ditutup kepada orang ramai untuk penyelenggaraan.

Presiden telah tinggal di situ tanpa perhatian umum sejak tiba di Hawaii pada petang Jumaat, tempat di mana dia dilahirkan dan dibesarkan.

Beliau menghabiskan percutian yang tenang dengan keluarganya dengan menghadiri acara Krismas di gereja dan melawat anggota perkhidmatan yang ditempatkan di Pangkalan Kor Marin Hawaii, berhampiran Honolulu.

Obama juga sempat bermain golf, berkunjung ke gimnasium dan membawa isterinya, Michelle Obama keluar makan malam.

Dalam perkembangan lain, presiden telah diberi taklimat oleh sekumpulan kakitangan kecil mengenai perkembangan domestik dan antarabangsa, termasuk perbahasan pentadbiran sama ada membenarkan pemimpin Yaman untuk datang ke Amerika Syarikat untuk rawatan perubatan. Obama juga mengumumkan dua calon gabenor kepada Lembaga Rizab Persekutuan pada Selasa.

Obama tidak mempunyai sebarang majlis awam yang dirancang semasa bercuti, sehinggalah sejurus selepas perayaan Tahun Baru.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain