suria

Pereka Seni Barangan Dapur Jepun, Yanagi Meninggal Dunia

TOKYO: Pereka bangku dan periuk kegunaan dapur dengan ciri kesederhanaan dan kemurnian hiasan Jepun, Sori Yanagi, telah meninggal dunia. Beliau berusia 96 tahun.

Perintis reka bentuk perindustrian Jepun ini meninggal dunia akibat radang paru-paru di hospital Tokyo pada Ahad, kata Koichi Fujita dari Pejabat Rekaan Yanagi, Isnin.

Potongan "bangku rama-rama" karya Yanagi yang anggun dan pintu pagar kuil Jepun, memenangi anugerah di La Triennale di Milano pada tahun 1957 membantu mengangkat beliau ke persada antarabangsa.

Karya ini kemudian menjadi koleksi tetap Muzium Seni Moden di New York dan muzium Louvre di Paris.

Satu lagi reka bentuk rekaan Yanagi yang tipikal adalah bangku plastik yang dipanggil "bangku gajah" kerana persamaan dengan kaki haiwan itu yang besar.

Rekaan dan potongan garis lengkung yang dibentuk Yanagi pada setiap rekaannya menunjukkan ciri jelas masyarakat Jepun yang sejagat telah memenangi hati peminatnya bukan sahaja di Jepun, tetapi di seluruh dunia. Untuk periuk teh, cawan seramik dan juga pemukul telur, turut menjadi satu karya seni.

Yanagi memilih bidang rekaan sebagai kerjayanya selepas jatuh cinta dengan kerja-kerja arkitek Le Corbusier ketika belajar di sebuah universiti Tokyo dalam jurusan seni halus.

Berjasa membuka jalan kepada pereka muda untuk ke peringkat antarabangsa, Yanagi juga menghasilkan karya monumental, seperti jambatan dan obor Olimpik, serta motosikal dan permainan kanak-kanak.

Beliau sangat menyokong seni tradisional Jepun sepanjang hidupnya, dan beliau telah berkhidmat sebagai ketua Kraf Muzium Rakyat Jepun di Tokyo, yang diasaskan oleh bapa ahli falsafah.

Upacara pengebumian tidak dibuka, hanya majlis untuk keluarga dan rakan-rakan rapat. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain