suria

Lima Maut Termakan Kicap Sosej Beracun

MEXICO CITY: Pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa lima penagih dadah yang sedang mengikuti program pemulihan maut manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas makan kicap sosej yang dihidangkan pada makan malam sambutan Krisamas di sebuah pusat pemulihan di barat Mexico.

Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada keracunan itu yang berlaku di bandar Guadalajara adalah akibat kemalangan atau disengajakan.

Pengedar dadah dilaporkan mengambil-alih pusat pemulihan bagi melatih penagih sebagai pembunuh upahan atau penyeludup.

Campur tangan itu telah menyebabkan berlaku kejadian tembakan yang mengorbankan berpuluh-puluh nyawa.

Jurucakap Palang Merah, Alhy Daniel Nunez berkata, 37 lagi masih menerima rawatan, dengan tiga daripada mereka berada dalam keadaan yang serius. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain