Amerika Syarikat Masih Pertimbang Permohonan Presiden Yemen - Dunia | mStar

Amerika Syarikat Masih Pertimbang Permohonan Presiden Yemen

HONOLULU, HAWAII: Pentadbiran Rumah Putih pada Isnin, menafikan laporan yang mengatakan negara tersebut membenarkan permintaan Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh untuk memasuki negara itu bagi tujuan perubatan.

Timbalan Jurucakap, Josh Earnest berkata, Amerika Syarikat (AS) masih mempertimbangkan permintaan itu, tetapi masih belum membuat sebarang keputusan.

Kenyataan itu dibuat ekoran laporan New York Times yang memetik sumber sebagai berkata, Saleh akan dibenarkan untuk masuk ke negara itu.

Saleh yang diramalkan meletak jawatan selepas pilihan raya pada Februari depan menyatakan beliau berhasrat untuk melawat AS walaupun bukan untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan diserang pada Jun lalu. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain