suria

PBB Rayu Bantuan USD$28 Juta Mangsa Banjir Filipina

ILIGAN, FILIPINA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu bantuan berjumlah US$28 juta (RM88.80 juta) untuk bertindak balas terhadap permintaan Filipina bagi membantu lebih setengah juta rakyatnya dalam bencana banjir minggu lalu.

Kejadian banjir itu dilaporkan meragut lebih 1,000 nyawa.

Koordinator Bantuan Kemanusiaan PBB, Soe Nyunt-U menyifatkan kemusnahan yang diakibatkan oleh banjir tersebut seakan-akan sama seperti tragedi tsunami yang pernah berlaku.

Beliau melahirkan kebimbangan terhadap penyakit yang berkemungkinan merebak terhadap beribu-ribu penduduk yang tinggal di pusat pemindahan selepas rumah mereka musnah dalam bencana tersebut.

Beliau memberitahu pemberita bahawa wang yang dikumpulkan akan digunakan untuk membeli air, makanan, tempat tinggal dan barangan keperluan harian bagi tempoh selama tiga bulan. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain