suria

Jangka Hayat Bayi Lelaki Pra-Matang Lebih Singkat

CANBERRA: Bayi yang dilahirkan pra-matang kini mempunyai jangka hayat lebih baik berbanding dahulu namun lelaki hidup lebih singkat berbanding perempuan meskipun terdapat kemajuan dalam penjagaan kesihatan, menurut satu kajian di Australia.

Penyelidik yang melakukan penemuan itu di pediatrik terhadap lebih 2,000 bayi yang dilahirkan secara pra-matang pada minggu ke-28 kehamilan atau lebih awal mendapati bayi lelaki mempunyai kadar jangka hayat agak rendah dan lebih cenderung mempunyai masalah saraf jangka panjang seperti buta dan pekak.

“Berdasarkan era pemodenan dalam pengurusan kematian melihat bayi lelaki mempunyai kadar kematian yang tinggi dan lemah dalam hasil neurologi jangka panjang,” lapor Ketua Penyelidik Alison Kent dari Sekolah Perubatan Universiti Nasional Australia dan Hospital Canberra.

Seramai 1,394 bayi lelaki daripada lebih 2,500 bayi yang dikaji, sebanyak 23 peratus meninggal dunia di hospital berbanding 19 peratus bagi bayi perempuan. - REUTERS

Artikel Berikut

Artikel Lain