suria

Lelaki Cuci Senapang Tertembak Remaja Amish

FREDERICKSBURG, OHIO: Seorang lelaki yang sedang membersikan muncung senapangnya dengan cara melepaskan tembakan ke udara telah secara tidak sengaja membunuh seorang remaja perempuan Amis yang sedang menaiki kereta kuda, kira-kira 1.6 kilometer daripada tempat tembakan dilepaskan.

Rachel Yoder, 15, ditembak di kepala pada malam Khamis lalu semasa dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas menghadiri parti sempena Hari Natal untuk pekerja di sebuah ladang ternakan milik penduduk Amish.

Kapten Douglas Hunter berkata, semasa kejadian, Racel menaiki kereta kuda itu secara bersendirian.

Sherif Timothy Zimmerly pula berkata, kuda tersebut meneruskan perjalanan walaupun gadis itu telah ditembak dan mangsa terjatuh daripada kereta berkenaan di kawasan berhampiran rumahnya.

Abang mangsa yang membuat pemeriksaan selepas melihat kuda terbabit mengelilingi rumah menemui adiknya dan pihak berkuasa pada awalnya menyangkakan mangsa terjatuh dan terhantuk di batu jalan, sehingga pemeriksaan hospital menemui luka tembakan tersebut.

Hunter memberitahu, pihaknya mengikut jejak darah di sepanjang jalan ke ladang tersebut.

Zimmerly berkata, keluarga penembak tersebut telah tampil ke depan dan jiran keluarga terbabit memberitahu, mereka mendengar bunyi tembakan semasa gadis itu dipercayai ditembak.

Beliau juga memberitahu, jabatan siasatan sedang memeriksa senapang tersebut untuk ujian balistik.

“Mengambil kira semua kemungkinan, ia kelihatan seperti tembakan kemalangan,” katanya.

Tiada pendakwaan dilakukan setakat ini. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain