suria

Hukuman Penjara Anak Michael Douglas Ditambah Empat Tahun Lagi

Cameron Douglas. Foto AP
Cameron Douglas. Foto AP
Cameron Douglas. Foto AP

NEW YORK: Seorang hakim menyifatkan anak lelaki pelakon popular Hollywood, Michael Douglas sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab sebelum menaikkan hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya kepada semnbilan tahun atas kesalahan ulangan dadah.

Hakim Mahkamah Daerah, Richard Berman juga menambah, Cameron Douglas ‘mempunyai sejarah kecuaian’ dan hukuman tambahan tersebut adalah dua kali ganda daripada yang dimohon oleh pihak pendakwaan.

Cameron sebelum itu mengaku bersalah atas terhadap tuduhan dadah yang dilakukannya selepas dia dapat menyeludup dadah masuk ke penjara.

Hakim turut mengkritik kerajaan yang disifatkan terlalu berlembut dengan Cameron yang telah berulang kali melanggar peraturan penjara bagi mendapatkan dadah, termasuk dalam kejadian peguamnya menyembunyikan dadah anti kemurungan di dalam coli.

Cameron dipenjarakan selepas mengaku bersalah atas tuduhan mempunyai kaitan dalam penjualan methamphetamine pada tahun 2009 di hotel terkemuka di Mahanttan.

Hakim sama juga berkata, beliau tidak pernah mempunyai kes di mana defendan kes tersebut ‘sangat cuai dan berulang kali terlibat dalam perbuatan menghancurkan diri dan bersifat manipulasi’.

Cameron terjebak dalam masalah dadah sejak remaja. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain