suria

Korea Utara Siar Majlis Penghormatan Kim Jong-il

Imej pegun ini menunjukkan mayat mendiang Kim Jong-il diletakkan di dalam keranda kaca di Pyongyang. Foto AP
Imej pegun ini menunjukkan mayat mendiang Kim Jong-il diletakkan di dalam keranda kaca di Pyongyang. Foto AP
Imej pegun ini menunjukkan mayat mendiang Kim Jong-il diletakkan di dalam keranda kaca di Pyongyang. Foto AP

SEOUL: Sebuah stesen televisyen Korea Utara pada Selasa, menyiarkan mayat pemimpin negara itu, Kim Jong-il di dalam keranda manakala anak dan pewarisnya, Kim Jong-un dan pegawai atasan memberikan penghormatan terakhir.

Imej pegun tersebut menunjukkan Jong-un yang berwajah suram dan memakai pakaian berwarna gelap manakala sebahagian pegawai memakai seragam tentera mengelilingi usungan jenazah yang menyokong keranda tersebut.

Mayat mendiang dipakaikan pakaian berwarna khaki yang sinonim dengan imejnya dan sebahagian besar mayat ditutupi dengan kain merah manakala kepalanya diletakkan di atas bantal di Pyongyang’s Kumsusan Memorial Palace.

Agensi media tempatan melaporkan, anak lelaki bongsu pemerintah diktator itu memasuki dewan di mana mayat Jong-il berada semasa musik penghormatan dimainkan dan menyertai upacara berkabung yang turut disertai oleh pegawai parti politik utama dan pasukan tentera.

Imej sama juga menunjukkan keranda kaca tersebut dikelilingi oleh bunga-bungaan seperti bunga begonia merah yang dinamakan sempena namanya, red Kimjongilia dan kekwa putih.

Kalungan bunga daripada Jong-un diletakkan berhampiran dengan usungan mayat terbabit dan dikawal oleh pegawal keselamatan yang lengkap bersenjata.

Bahagian hadapan pula tertera tahun ‘1942-2011’ selain turut diletakkan adalah lambang kebangsaan negara beserta dengan selempang bahu yang dipakai mendiang lengkap dengan pingat kebesaran yang diperolehnya. Media tempatan juga melaporkan bahawa negara tersebut sedang berkabung sejak kematian Jong-il diumumkan pada Isnin.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung semasa sedang menaiki kereta api.

Negara tersebut menetapkan 28 Disember ini sebagai tarikh pengebumian dan menggesa supaya rakyat negara itu mentaati Jong-un. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain