suria

Keluarga Poligami Cabar Undang-Undang AS

Kody bersama-sama empat isterinya, (dari kiri) Robyn, Christine, Meri and Janelle bagi promosu rancangan Sister Wives yang disiarkan pada Mac 2011. Foto AP
Kody bersama-sama empat isterinya, (dari kiri) Robyn, Christine, Meri and Janelle bagi promosu rancangan Sister Wives yang disiarkan pada Mac 2011. Foto AP
Kody bersama-sama empat isterinya, (dari kiri) Robyn, Christine, Meri and Janelle bagi promosu rancangan Sister Wives yang disiarkan pada Mac 2011. Foto AP

SALT LAKE CITY: Bintang realiti Televisyen, Kody Brown dan empat isterinya mempunyai satu persamaan: dibiarkan bersendirian tanpa gangguan.

Pihak berkuasa menyiasat mereka atas dakwaan mengamalkan poligami dan bintang rancangan ‘Sister Wives’ itu memohon supaya Hakim Mahkamah Persekutuan mengubah sebahagian daripada Undang-Undang Bigami Utah kerana ia menghalang mereka daripada tinggal bersama.

Selain itu, undang-undang tersebut juga menyatakan adalah menjadi kesalahan jenayah untuk melakukan hubungan seksual antara orang dewasa yang tidak berkahwin walaupun mendapat persetujuan bersama.

“Apa yang mereka mahu adalah kebenaran untuk menjalani hidup menerusi cara mereka, keluarga mereka mengikut kepercayaan mereka,” kata peguam mereka, Jonathan Turley dan menambah, saman tersebut adalah untuk hak persendirian dan bukannya atas alasan poligami.

Undang-undang Utah mengharamkan penduduknya untuk memiliki lebih daripada satu lesen perkahwinan dan juga melarang orang dewasa daripada tinggal bersama dan mempunyai hubungan seksual.

Larangan tersebut merangkumi pesangan sama jenis, pasangan heteroseksual yang tidak berkahwin dan juga pasangan seperti Brown, yang tidak mempunyai lesen perkahwinan tetapi mewujudkan satu hubungan perkahwinan di persekitaran rumah.

Turley berkata, saman tersebut tidak mensasarkan untuk mencabar kesahan Utah untuk menolak perkahwinan melebihi satu atau sama ada Brown berhasrat mahu mendapatkan lesen-lesen perkahwinan.

Kemunculan keluarga Brown berhubung cara hidup berpoligaminya di stesen televisyen menarik minat pendakwa raya Utah.

Keluarga Brown merupakan pengamal Apostolic United Bretheran dan kehidupan berpoligami adalah sebahagian daripada kepercayaan agama tersebut.

Poligami adalah kepercayaan atau budaya mempunyai lebih daripada seorang pasangan dan ia dilarang di bawah Undang-Undang Bigami.

Pakar mendakwa, ia diamalkan secara meluas di pelbagai daerah.

Keluarga Brown - Kody dan empat isteri: Meri, Janelle, Christine dan Robyn bersama-sama 17 anak mereka - melarikan diri dari Utah ke Las Vegas pada Januari lalu selepas pihak berkuasa melancarkan siasatan bigami.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pendakwaan telah dibuat.

Pihak pendakwa raya pula berkata, mereka tidak akan melakukan pendakwaan bagi kesalahan bigami dan saman tersebut seharusnya digugurkan.

Pihak terbabit juga berkata, siasatan yang dijalankan tidak semata-mata terhad kepada bigami, namun enggan mengulas lanjut.

Pada minggu lalu, Hakim Clark Waddoups mendengar hujahan sama ada Brown mempunyai hak untuk meneruskan saman tersebut dan keputusan akan ditentukan sama ada keluarga terbabit akan terjejas dengan pelaksanaan undang-undang Utah.

Hakim berkenaan akan memutuskan sama ada menolak saman tersebut atau menetapkan tarikh pendengaran saman itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain