suria

Misi Latihan Tujuh Tahun Nato Di Iraq Berakhir

BAGHDAD: NATO secara rasminya menamatkan misi latihan tujuh tahun di Iraq dengan upacara penutup dilakukan di Zon Hijau Baghdad pada Sabtu.

Isnin lalu, NATO mengumumkan akan menutup misi latihan dan seterusnya menghantar pulang tentera mereka pada 31 Disember ini.

Keputusan penarikan keluar tentera NATO berpunca daripada kegagalan mencapai persetujuan dengan pemimpin Iraq bagi melanjutkan operasi di negara itu.

Antara yang gagal dipersetujui kedua-dua pihak termasuklah permintaan NATO memberikan immuniti sah kepada pelatih dari luar negara.

Bagi misi di Iraq, NATO menghantar 130 penasihat dari 13 negara anggota dan Ukraine.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain