suria

Lebih 150 Pendatang Hilang Dalam Kejadian Bot Karam

JAKARTA: Lebih 150 pendatang transit dari Timur Tengah dan beberapa negara lain dilaporkan hilang setelah bot yang mereka naiki menuju ke Australia karam di perairan Jawa Timur malam Sabtu.

Kejadian berlaku kira-kira 30 batu nautika dari pantai Perigi, Trenggalek, Jawa Timur.

Sehingga tengah hari ini, hanya 33 daripada 250 penumpang telah diselamatkan dan pasukan penyelamat masih berusaha mencari penumpang lain di kawasan perairan itu namun operasi menyelamat dihalang cuaca buruk dan jarak pandangan yang rendah, media tempatan melaporkan.

Stesen televisyen Metro TV melaporkan pendatang transit itu berasal dari Turki, Afghanistan, Arab Saudi dan Iran.

Mereka yang terselamat kini diberi rawatan di Bangunan Serbaguna Balai Pelabuhan Perikanan Nusantara, Pulau Perigi.

Sementara itu, pewarta agensi berita ANTARA di Trenggalek melaporkan bot milik nelayan Indonesia itu dipercayai disewa untuk menyeludup para pendatang itu ke Australia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain