suria

Kanak-Kanak Warganegara AS Diselamatkan Selepas 8 Hari Diculik

MANILA: Seorang kanak-kanak lelaki warganegara Amerika Syarikat (AS) berumur empat tahun berjaya diselamatkan oleh Polis Filipina selepas dia diculik selama lapan hari dan seramai lima suspek ditahan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Unit Anti Jenayah, Isagani Nerez pada Jumaat berkata, budak itu diculik oleh tiga lelaki bersenjata pada 6 Disember lalu di ibu negara ketika dia berada dalam kenderaan bersama ibunya warganegara Filipina.

Wang tebusan telah dibayar selepas tiga hari namun penculik-penculik terbabit meminta lebih banyak wang sebelum membebaskan budak berkenaan.

Nerez berkata, polis bimbang sekiranya budak itu akan dicederakan. Ejen FBI membantu mencari lokasi persembunyian mereka di bandar Prieto Diaz di wilayah timur Sorsogon.

Polis menyerbu lokasi itu pada Rabu dan menyelamatkan budak itu yang didapati tidak dicederakan oleh penculik berkenaan.

Kanak-kanak itu dalam keadaan sihat dan diserahkan kepada keluarganya. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain