suria

China Mahu Sekat Kandungan Filem

BEIJING: China sedang mengusulkan cadangan untuk menyekat sebahagian kandungan filem daripada disiarkan atas alasan ia boleh menganggu kestabilan sosial dan mengalakkan fanatik agama, dalam cubaan terbaru kerajaan untuk mengawal rakyatnya.

Berdasarkan draf undang-undang yang dimuat turunkan di laman web kabinet negara tersebut pada Khamis, filem yang boleh ditayangkan mestilah tidak memburukkan maruah dan kepentingan negara, menghasut kebencian sesuatu etnik, menyebarkan kepercayaan kultus atau tahyul, mempunyai unsur lucah, keganasan atau keganasan.

Secara keseluruhan, draf tersebut menggariskan 13 perkara yang dilarang, namun tiada terma atau penjelasan lanjut diberikan.

Proposal terbaru itu dilihat sebagai sebahagian daripada tindakan kerajaan untuk mengawal rakyatnya yang semakin bebas dalam memberikan pandangan terutamanya dengan perkembangan laman sosial yang digunakan oleh penduduk untuk meluahkan kemarahan dan rasa kecewa.

Dalam kejadian terbaru, pengguna laman sosial yang seakan-akan Twitter menyalahkan kerajaan dalam beberapa kemalangan bas sekolah di kawasan pendalaman selain mengkritik biro alam sekitar kerana tidak memberi laporan penuh mengenai kualiti udara.

Pada bulan lalu, kerajaan mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan perintah yang melarang pihak media daripada membuat berita menerusi maklumat daripada Internet atau telefon tanpa mendapatkan pengesahan dan jika tidak dipatuhi boleh membawa kepada pertuduhan jenayah.

Pengawal media berkata, peraturan tersebut adalah bertujuan memulihkan status kerajaan selain untuk mengelakkan salah maklumat.

Seminggu selepas itu, kerajaan mengumumkan pula hasrat mereka untuk mengawal jumlah rancangan realiti televisyen dan rancangan hiburan yang disiarkan oleh stesen televisyen satelit. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain