suria

Putin Pertahan Keputusan Pilihan Raya

MOSCOW: Perdana Menteri, Vladimir Putin pada Khamis, mempertahankan keputusan pilihan raya Parlimen sebagai mencerminkan kemahuan rakyat Rusia.

Beliau menambah, pihak pembangkang yang mendakwa wujud unsur penipuan dalam pilihan raya tersebut boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Kenyataan itu dibuat Putin pada pembukaan sebuah rancangan televisyen terbitan kerajaan yang dijangkakan akan berterusan untuk beberapa jam.

Penampilan Putin dibuat ekoran tunjuk perasaan yang diadakan di seluruh negara pada hujung minggu kerana mendakwA pilihan raya pada 4 Disember lalu dicemarkan dengan penipuan.

Putin juga memberitahu, beliau gembira melihat satu aktiviti awam seperti itu, tetapi dalam masa yang sama meminta orang ramai yang menyertai tunjuk perasaan itu untuk mematuhi undang-undang. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain