suria

Lindsay Lohan Beri Perkembangan Kepada Mahkamah

Gambar fail menunjukkan Lindsay Lohan (kanan) dan peguamnya, Shawn Chapman semasa hadir di mahkamah pada 2 November lalu.
Gambar fail menunjukkan Lindsay Lohan (kanan) dan peguamnya, Shawn Chapman semasa hadir di mahkamah pada 2 November lalu.
Gambar fail menunjukkan Lindsay Lohan (kanan) dan peguamnya, Shawn Chapman semasa hadir di mahkamah pada 2 November lalu.

LOS ANGELES: Penyanyi dan pelakon, Lindsay Lohan kembali ke mahkamah pada Rabu, untuk memberikan perkembangan terbarunya kepada hakim berhubung tempoh percubaan yang sedang dijalaninya.

Artis berusia 25 tahun itu sebelum ini dilaporkan telah melakukan kerja-kerja di rumah mayat daerah di sini, selepas diberi amaran bahawa dia boleh dikenakan hukuman pemenjaraan yang panjang pada sidang mahkamah terakhir.

Lindsay yang dikenali dalam filem Mean Girls dan Freaky Friday itu juga dilaporkan perlu menghadiri sesi kauseling atas arahan mahkamah kerana melanggar tempoh percubaan ke atasnya.

Jurucakap Lindsay, Steve Honig berkata, pelakon tersebut telah menepati semua syarat yang ditetapkan oleh Hakim Stephanie Sautner pada bulan lalu.

Lindsay telah melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah mayat tersebut sebagai hukuman kerana melanggar perintah tahanan yang dijatuhkan pada tahun 2007 bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan kesalahan kecil mencuri.

Sautner juga memberitahu, Lindsay diarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi memberikan perkembangannya pada setiap bulan sehingga Mac depan.

Kehadiran Lindsay di mahkamah itu hanya berlaku sehari majalah Playboy yang memaparkan Lindsay dalam keadaan separuh bogel mula dijual. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain