suria

Polis Filipina Tahan Bekas Pegawai Tinggi Pilihan Raya

MANILA: Pihak polis tempatan dilaporkan telah menahan bekas pegawai tinggi pilihan raya yang didakwa bersubahat dengan bekas Presiden negara tersebut, Gloria Macapagal Arroyo.

Bekas Pengerusi Pilihan Raya Benjamin Abalos menyerah diri kepada Hakim Mahkamah Daerah Manila di Pasay City dan diletakkan di bawah perintah penahanan.

Abalos menafikan segala dakwaan kerajaan masa kini yang menuduh beliau memainkan peranan dalam Pilihan Raya Senator tahun 2007 bagi memastikan kemenangan kepada calon parti Arroyo.

Arroyo ditahan pada 18 November lalu kerana disyaki melakukan penipuan dalam pilihan raya pada tahun 2007. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain