suria

Juara Rancangan Realiti Survivor Keluar Penjara

PROVIDENCE, RHODE ISLAND: Juara musim pertama rancangan realiti Survivor, Richard Hatch dibebaskan daripada penjara di sini selepas selesai menjalani hukuman selama sembilan bulan atas kesalahan gagal membayar cukai tertunggak.

Pegawai penjara tersebut mengesahkan bahawa pemenang rancangan realiti terbitan CBS tersebut dibebaskan pada Isnin.

Hatch menjalani hukuman itu selama enam minggu di penjara keselamatan minimum selepas menghabiskan banyak tempoh hukuman di penjara persekutuan.

Dia yang berasal dari Newport sebelum ini dipenjarakan selama tiga tahun di penjara kerana tidak membayar cukai wang tunai RM1 juta yang dimenanginya dalam rancangan tersebut.

Dia dibebaskan pada tahun 2009 dan diarahkan untuk membayar tunggakan bagi tahun 2000 dan 2001 yang masih tidak dijelaskan.

Lelaki berusia 50 tahun itu kembali semula ke penjara pada Mac lalu selepas melanggar terma-terma yang ditetapkan oleh penyelia yang dilantik untuk menyelesaikan tunggakan cukai tersebut.

Hatch mendakwa dirinya ‘tidak berada dalam keadaan kewangan yang baik’. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain