suria

Enam Terbunuh Dalam Kebakaran Di Rumah Jagaan Orang Tua

MARSEILLE: Enam orang terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah jagaan orang-orang tua yang terletak di selatan Perancis, kata polis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Semua mangsa dilaporkan meninggal dunia kerana terhidu asap tebal semasa api marak di tingkat tiga rumah berkenaan.

Laporan awal menyatakan api tersebut berpunca daripada tingkat empat.

Pihak bomba merawat 15 orang yang turut terhidu asap tebal dan tiga daripadanya dilaporkan berada dalam keadaan serius dan dikejarkan ke hospital. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain