suria

Ketua Kumpulan Dadah The Zetas Dicekup

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico berjaya memberkas seorang ketua kumpulan pengendar dadah The Zetas, yang tersenarai sebagai satu daripada 37 penjenayah paling berbahaya, lapor satu kenyataan pada Isnin.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera laut negara itu, Raul Lucio Hernandez Lechuga atau dikenali sebagai ‘El Lucky’ ditahan di bandar cardoba yang terletak di timur Veracruz.

Turut dinyatakan operasi tersebut adalah satu operasi berterusan dan melibatkan penahanan beberapa individu lain yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Hernandez Lechuga disenaraikan pada kedudukan ke-22 sebagai individu dikhendaki selain disenaraikan sebagai penjenayah paling berbahaya pada tahun 2009.

Presiden Felipe Calderon memuji kejayaan pihak berkuasa menangkap Hernandez Luchuga di dalam akaun Twitter miliknya.

Kumpulan The Zetas ditubuhkan pada sekitar tahun 1990 oleh bekas tentera elit yang bertukar menjadi pembunuh upahan dan dikatakan terlibat dengan beberapa kejadian pembunuhan dan penculikan di sekitar Mexico dan juga Guatemala, sejak kebelakangan ini.

Hampir 45,000 orang dibunuh dalam kejadian keganasan berkaitan dadah di Mexico. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain