suria

Gempa Bumi 6.1 Magnitude Landa Indonesia

JAKARTA: Satu gempa bumi berukuran 6.1 magnitude melanda Kepulauan Sulawesi di bahagian tengah Indonesia, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Pusat gempa itu dicatatkan pada kedalaman 161 kilometer dan 68 kilometer daripada arah selatan bandar Gorontalo.

Tiada risiko tsunami bakal berlaku dan tiada kerosakan dilaporkan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain