suria

Eksekutif Musik Maut Terkena Tembakan Rambang

LOS ANGELES: Seorang eksekutif musik meninggal dunia pada Isnin, selepas terkena tembakan rambang dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu, kata jurucakap hospital di sini.

John Atterberry yang pernah berkerja dengan kumpulan sensasi Britain, Spice Girl dan penyanyi terkenal, Jessica Simpson meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai beberapa minit sebelum pukul 5 pagi, kata jurucakap Simi Singer.

Atterberry yang berusia 40 tahun terkena tembakan di muka dan bahagian atas badannya semasa sedang memandu kereta Mercedes Benz miliknya dalam serangan rambang tersebut.

Beliau merupakan mangsa yang paling parah terkena tembakan yang dilepaskan oleh Tyler Brehm, 27, yang menurut polis melepaskan 20 tembakan ke udara dan kereta.

Brehm yang turut menjerit mengatakan dia mahu mati kemudiannya ditembak oleh pihak polis.

Bekas teman wanita Brehm berkata dia dan lelaki tersebut baru sahaja berpisah, namun polis masih menyiasat motif Brehm bertindak demikian.

Pihak berkuasa berkata, Brehm berjalan kaki di bahagian tengah Sunset Boulevard dan menembak ke arah pengguna jalan raya tanpa sebarang sasaran dan menyebabkan kecederaan kepada tiga individu yang berada di situ.

Brehm kemudiannya ditembak oleh dua anggota polis yang secara kebetulan berada di tempat kejadian. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain