suria

Mead Johnson Bina Kilang Di Singapura

SINGAPURA: Mead Johnson Nutrition (MJN) akan melabur US$325 juta bagi membina kemudahan penyelidikan dan pembangunan baharu di Singapura.

Presiden bagi Asia dan Eropah, Charles Urbain berkata, projek itu merupakan pelaburan modal terbesar dalam sejarah syarikat, yang diperlukan bagi menyokong perniagaan yang pesat berkembang di seluruh Asia.

"Kilang baharu itu akan membolehkan kami memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di seluruh Asia berikutan permintaan untuk produk kami yang berkembang.

"Pelaburan yang ketara ini termasuk cat kering pertama syarikat di Asia, yang akan mengukuhkan rangkaian bekalan serantau kami dan membantu meningkatkan kecekapan operasi secara keseluruhan," katanya semasa mengumumkan mengenai rancangan itu di sini pada Jumaat.

Selain petugas pengeluaran baharu, ramai pasukan pengurusan dan teknikal akan ditempatkan di sini bagi menyokong kemudahan baharu itu, katanya.

"Kami akan mengambil pekerja baharu di Singapura serta memindahkan petugas sedia ada dari lokasi Mead Johnson Nutrition lain," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain