suria

Seorang Terbunuh, 10 Cedera Serangan Udara Israel

BANDAR GAZA: Sekurang-kurangnya seorang penduduk Palestin terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam tiga serangan udara oleh tentera Israel pada Jumaat.

Serangan udara yang mengenai rumah sebuah keluarga di barat Bandar Gaza berhampiran pusat latihan tentera sayap Hamas, Brigade Ezzedine Al Qassam mengorbankan seorang datuk dan mencederakan tujuh kanak-kanak.

Dua lagi serangan udara yang dilancarkan semalam turut disasarkan kepada pusat latihan tentera Hamas.

Seorang jurucakap askar Israel mengesahkan pihaknya melancarkan serangan itu tetapi berkata, serangan dibuat sebagai tindak balas kepada letupan di wilayahnya malam Khamis.

Katanya, serangan itu dilancarkan terhadap pusat latihan aktiviti pengganas di Genting Gaza.

Pada Khamis, pasukan perubatan Palestin berkata, dua pengganas dari Gaza terbunuh dalam serangan tentera Israel.

Bagaimanapun, Israel menegaskan salah seorang daripadanya terlibat dalam rancangan serangan bom di Eilat pada 2007.

Artikel Lain