BRUSSELS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton menyuarakan rasa bimbang terhadap proses pilihan raya di Rusia yang diadakan awal minggu ini.Hillary berkata, AS tidak keseorangan dalam menyuarakan kebimbangan itu. Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang menuduh AS membangkitkan bantahan mengenai proses pengundian di negara itu."Hak asasi adalah sebahagian daripada diri kami. Kami melahirkan rasa bimbang kerana merasakan pilihan raya di Rusia akan diadakan dengan baik."Kami menyokong hak dan kehendak rakyat Rusia yang mahukan masa depan negara lebih terjamin," katanya.Hillary juga berkata, percanggahan pendapat di antara AS-Rusia berhubung rancangan negara-negara Barat untuk menubuhkan sistem pertahanan misil di Eropah tidak menunjukkan Rusia perlu mengambil pendekatan menentang latihan ketenteraan.Mengulangi hasrat Nato untuk bekerjasama dengan Rusia dalam projek itu, Hillary berkata, beliau sudah menjelaskan perkara tersebut ketika mesyuarat dengan menteri luar Nato."Ia tidak akan menjejaskan hubungan strategik dengan Rusia," katanya.