suria

Rakyat AS Fitnah Pemerintahan Beraja Thailand Dihukum Penjara

Joe Wichai Gordon tiba di Mahkamah Thailand pada Khamis. Foto REUTERS
Joe Wichai Gordon tiba di Mahkamah Thailand pada Khamis. Foto REUTERS
Joe Wichai Gordon tiba di Mahkamah Thailand pada Khamis. Foto REUTERS

BANGKOK: Mahkamah di sini pada Khamis, memerintahkan seorang lelaki rakyat Amerika Syarikat (AS) dihukum penjara selama dua tahun setengah kerana memfitnah pemerintahan beraja negara tersebut.

Ini merupakan sabitan terbaru dalam sistem negara yang mengamalkan dasar yang sangat ketat berkaitan pemerintahan beraja.

Mahkamah Jenayah negara itu memerintahkan supaya Joe Wichai Gordon, 55, dihukum penjara selama lima tahun, namun tempoh tersebut dipendekkan kerana jurujual kereta dari Colorado, AS itu mengaku bersalah atas tuduhan menterjemahkan biografi enterjemahkan biografi Raja Bhumibol Adulyadej kepada Bahasa Thai dan menyiarkannya di Internet.

“Joe memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap kes ini tetapi akan memohon pengampunan Raja,” kata peguamnya, Arnon Nampa kepada media.

“Dalam kes ini, dia diberikan hukuman yang ringan. Dia telah berada di dalam penjara selama enam bulan dan mengambil kira situasi yang paling teruk, dia mungkin dipenjarakan untuk tempoh selama dua tahun lagi, tetapi saya berharap dia mendapat pengampunan.”

Gordon ditahan pada Mei lalu semasa dia melawat negara tersebut dan didakwa melakukan kesalahan itu semasa berada di AS.

Di bawah undang-undang negara gajah putih itu, sesiapa yang disabitkan bersalah atas kesalahan menghina Raja, Permaisuri dan pewaris dan pemangku Raja boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun bagi setiap pertuduhan.

Seorang pegawai AS pula berkata, Gordon tidak seharusnya dipenjarakan.

“Kami mengatakan hukuman itu keterlaluan kerana dia dihukum atas haknya untuk meluahkan pendapat,” kata Konsul AS, General Elizabeth Pratt.

“Kami akan terus menghormati sistem beraja Thailand, tetapi kami juga menyokong hak untuk meluahkan pendapat yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai hak asasi.” - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain