suria

Pemergian Individu Terkenal Sepanjang Tahun

PARIS: Selain lagenda filem, Elizabeth Taylor dan pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden, terdapat ramai lagi individu-individu terkenal yang meninggal dunia sepanjang tahun 2011.

Berikut adalah di antara kematian insan-insan terkenal di serata dunia:

JANUARI

4: Ahli Politik Pakistan, Salman Taseer yang ditembak pada usia 66 tahun.

24: Bishop Mexico, Samuel Ruiz yang terkenal dengan pengorbanannya memperjuangkan nasib masyarakat asli. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun di Mexico City.

30: Komposer kelahiran Britain, John Barry yang terlibat dalam penghasilan musik filem aksi, James Bond meninggal dunia pada usia 77 tahun di New York, Amerika Syarikat (AS).

FEBRUARI

3: Aktres Perancis, Maria Schneider, 58, yang terkenal dalam filem tahun 1972 Last Tango in Paris.

5: John Paul Getty III, cucu kepada jutawan minyak AS meninggal dunia di Britain pada usia 54 tahun. Semasa remaja, beliau pernah diculik oleh penjenayah Itali yang turut memotong seelah telinganya.

27: Frank Buckles, 101, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di West Virginia, AS. Beliau adalah seorang tentera AS yang terselamat dalam Perang Dunia Pertama.

28: Pelakon AS, Jane Russel, 89, yang turut membintangi filem Gentlemen Prefer Blondes bersama pelakon Marilyn Monroe.

MAC

11: Donny George, warga Iraq yang berjuang untuk mendapatkan semua barangan yang dirampas daripada muziumnya di Baghdad selepas negara itu diserang pada tahun 2003. Beliau meninggal dunia di Kanada pada usia 60 tahun.

18: Warren Christopher, setiausaha kerajaan AS di bawah pemerintahan Bill Clinton meninggal dunia pada usia 85 di Los Angeles.

23: Ikon filem AS, Elizabeth Taylor, 79, di Los Angeles.

29: Bhawani Singh, 79, maharaja terakhir Jaipur di Rajashtan yang terletak di barat India.

APRIL:

9: Pengarah filem kelahiran AS, Sydney Lumet pada usia 86 di New York.

24: Guru agama terkenal India, Sathya Sai Baba meninggal dunia pada usia 85 di hospital daerah kelahirannya di Puttaparthi, Andhra Pradesh.

MEI

2: Osama Bin Laden, 54, pemimpin Al-Qaeda yang ditembak oleh tentera AS semasa sedang bersembunyi di sebuah rumah berhampiran Pakistan. Beliau diburu oleh AS selepas didakwa terlibat dalam kejadian serangan ke atas AS pada tahun 2011.

7: Pemain golf Sepanyol, Severiano Ballesteros, 54, meninggal dunia selepas menjalani pembedahan tumor otak.

JUN

2: Albertina Sisulu, 92, meninggal dunia di johannesburg, Beliau adalah aktivis Afrika Selatan dan suaminya, Walter pernah dipenjarakan bersama-sama dengan Nelson Mandela.

3: Jack Kervorkian, 83, seorang peguam yang membantu individu yang berhasrat membunuh diri sehingga digelar ‘doktor kematian’ meninggal dunia di sebuah hospital di Chicago atas sebab-sebab biasa.

18: Brian Haw, 62, penyokong anti peperangan yang mengadakan kempen berjaga sepanjang malam berhampiran Parlimen di London meninggal dunia kerana kanser.

23: Pelakon AS, Peter Falk, 83, menghempuskan nafas terakhir di rumahnya di Beverly Hills. Beliau sinonim dengan watak detektif polis.

JULAI

9: Penyanyi kelahiran Argentina dan penulis lirik, Facundo Cabral, 74, ditembak mati selepas selepas mengadakan persembahan di Guatemala.

12: Ahmad Wali Karzai, 49, yang merupakan adik kepada Presiden Afghanistan, Hamid Karzai ditembak di rumahnya di Kandahar.

20: Lucian Freud, tukang cat dan juga cucu kepada Sigmund Freud meninggal dunia pada usia 88 tahun di London.

23: Penyanyi kontroversi, Amy Winehouse, 27, ditemui mati di rumahnya di utara London.

OGOS

7: Nancy Wake, 98, warga Australia yang berjuang dalam kempen anti Nazi pada Perang Dunia Kedua.

SEPTEMBER

5: Vann Nath,66. seorang tukang cat kelahiran Kemboja yang merupakan antara insan yang terselamat daripada pusat penderaan Tuol Sleng pada pemerintahan diktator Khmer Rouge meninggal dunia di Phnom Penh.

7: Hampir keseluruhan pasukan hoki terkenal Rusia, Lokomotiv Yaroslavl yang terkorban selepas pesawat yang dinaiki mereka terhempas.

20: Bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani, 71, dibunuh oleh pejuang berani mati dalam letupan bom di Kabul.

25: Pejuang alam sekitar, Wangari Maathai, 71, yang wanita Afrika pertama dianugerahkan Hadiah Nobel meninggal dunia di Hospital Nairobi.

OKTOBER

5: Steve Jobs, 56, usahawan dan pengasas Apple yang meninggalkan legasi ciptaan seperti iPod dan iPhone meninggal dunia kerana kanser di Palo Alto, California.

21: Putera Sultan Bin Abdul Aziz yang dipercayai berusia 80 tahun, pewaris takhta Arab Saudi dan juga Menteri Pertahanan meninggal dunia kerana kanser di hospital di New York.

NOVEMBER

4: Alfonso Cano, pemimpin pemberontakan Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) terbunuh dalam operasi anti gerila pada usia 63 tahun.

7: Peninju kategori heavyweight, Joe Frazier, 67, menghempuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun.

26: Lana Peters, 85, atau nama asalnya, Svetlana Stalin yang merupakan anak kepada diktator Soviet meninggal dunia di AS.

26: Chukwuemeka Odumegwu Ojukwu, 78, pemimpin gerakan pemisah Biafra yang menyebabkan peperangan meletus di Nigeria meninggal dunia di London.

27: Pengarah filem Britain, Ken Russell meninggal dunia pada usia 84 di London.

DISEMBER

1: Pengarang terkenal, Christa Wolf meninggal dunia di usia 82 di Berlin, Jerman.

3: Bintang filem India, Dev Anand, 88, menghempuskan nafas terakhir di London.

4: Bekas kapten pasukan bola sepak Brazil, Socrates meninggal dunia pada usia 57 tahun. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain