suria

Lima Terbunuh Dalam Nahas Helikopter

LOS ANGELES: Sebuah helikopter yang membawa pelancong menikmati pemandangan Empangan Hoover terhempas pada Rabu, menyebabkan empat pelancong dan juruterbangnya maut, kata jurucakap Perkhidmatan Taman Kebangsaan.

Helikopter tersebut terhempas di lereng bukit berhampiran dengan Las Vegas, Nevada, dekat sini.

Jurucakap, Andrew Munoz berkata, helikopter tersebut dalam penerbangan pulang semasa tragedi tersebut berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan.

Punca nahas masih belum diketahui dan masih disiasat.

“Kawasan nahas berlaku adalah laluan biasa yang sering dilalui oleh helikopter,” kata Munoz dan menambah, keadaan cuaca juga adalah seperti kebiasaan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain