suria

Lapan Maut Dalam Kemalangan Bas

BANGKOK: Lapan orang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di utara Thailad ekoran pemandu bas yang tertidur, kata polis pada Rabu.

Kemalangan tersebut berlaku pada malam Selasa semasa bas itu yang dalam perjalanan ke Bangkok dari wilayah Chiang Mai merempuh dinding sebuah stesen minyak, kata Ketua Polis Lampang, Pheera Temyam.

“Jalan tersebut adalah lurus. Saya berpendapat pemandu bas itu tertidur semasa memandu yang menyebabkan kemalangan terjadi,” kata Pheera.

Pemandu dan tujuh penumpang bas maut manakala 49 yang lain cedera dengan 20 daripadanya dilaporkan serius.

Tiada warga asing yang dilaporkan terbunuh.

Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang biasa di Thailand dan polis mengatakan sebuah bas pernah mengalami kemalangan di jalan yang sama pada Oktober lalu di mana tujuh orang terkorban. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain