suria

Rakyat Australia Disebat Di Arab Saudi

SYDNEY: Seorang pegawai mengesahkan bahawa seorang lelaki rakyat negara itu dihukum sebat 500 kali di sebuah penjara di Arab Saudi selepas disabitkan bersalah mengeluarkan kata-kata kufur.

Kementerian Hal Ehawal Luar dan Perdagangan pada Rabu berkata, kedutaan Australia di Arab Saudi telah menghubungi pihak berkuasa negara terbabit untuk merayu agar hukuman itu diringankan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut pada Selasa dan lelaki tersebut disahkan oleh ahli keluarganya sebagai Mansor Almaribe yang berasal dari Selatan Victoria.

Anaknya, Mohammed berkata dia bimbang ayahnya tidak dapat menerima hukuman itu kerana mempunyai masalah kesihatan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain