suria

Raja Belgium Umum Kerajaan Baru Lepas Krisis 18 Bulan

BRUSSELS: Raja Belgium King Albert II menamakan sosialis Elio Di Rupo untuk mengetuai kerajaan baru pada Isnin, membuka lembaran baru pada 540 hari tanpa kerajaan - krisis politik terpanjang dalam sejarah negara itu.

Kenyataan istana menyebut "Raja pada petang ini menerima lawatan Elio Di Rupo di istana Belvedere dan melantik beliau sebagai perdana menteri."

Raja berdaulat itu, atas cadangan perdana menteri baru berkenaan, meluluskan kabinet lebih kecil yang membariskan 12 menteri dan enam setiausaha kerajaan negeri untuk mengambil alih kerajaan sementara yang diketuai Yves Leterme.

Menteri Kewangan Belgium yang lama berkhidmat, Didier Reynders, 53, akan bertukar portfolio dengan menteri luar berusia 47 tahun, Steven Vanakere dalam pembentukan kerajaan baru itu, mengangkat sumpah di istana pada petang Rabu.

Majlis berkenaan dijangka memberi kelegaan pada 10.5 rakyat Belgium yang semakin jengkel terhadap perbalahan tidak berkesudahan antara ahli politik sehingga mencetuskan rekod buruk sebagai negara paling lama tanpa kerajaan di dunia.

Dalam keadaan rakyatnya semakin berpecah akibat kekangan bahasa, gabungan itu merangkumi parti pusat-kiri dan pusat-kanan daripada kedua-dua bahagian iaitu Wallonia yang berbahasa Perancis sehingga Flanders yang lebih mewah dan bertutur dalam bahasa Belanda.

Portfolio juga dibahagikan dengan adil antara kedua-dua komuniti berkenaan dan parti masing-masing.

Di Rupo, ahli politik berusia 60 tahun, dilahirkan dalam keluarga miskin berketurunan Itali yang berhijrah ke ngara itu sebagai pelombong arang, akan menjadi perdana menteri berbahasa PErancis pertama dalam lebih tiga dekad juga sosialis pertama memegang tampuk kepimpinan sejak 1974.

Jarang dilihat tanpa tali leher kupu-kupu, beliau juga merupakan ketua kerajaan homoseksual kedua di Eropah selepas Iceland.

Di Rupo telah berunding selama berminggu-minggu untuk mendapatkan persetujuan bagi mengurangkan defisit, mereformasi ekonomi dan mengagihkan kuasa kepada dua wilayah yang saling berbalah - juga komuniti kecil berbahasa Jerman.

Setelah pilihan raya pada Jun 2010 gagal menghasilkan kerajaan berfungsi, ahli politik yang bermusuh mula berbalah selama 18 bulan untuk menubuhkan sebuah kerajaan campuran.

Dengan krisis kewangan tersebar luas, mereka akhirnya menolak tepi perbalahan pada minggu lalu setelah kos pinjaman Belgium melonjak naik dan gergasi rating, Standard & Poor memotong mata kredit daripada AA+ kepada AA.

Penurunan itu memaksa ahli politik bersetuju melaksanakan bajet penjimatan yang mensasarkan pengurangan 11.3 bilion euro daripada bajet dan mengimbangi kewangan negara itu menjelang 2015.

Bagaimanapun yang tersisih adalah puak Greens juga pemisah Flemish, pergerakan N-VA yang memenangi bahagian undi terbesar pada pilihan raya Jun lalu di Flanders, dihuni 60 peratus rakyat Belgium.

Pemimpinnya, Bart De Wever menyingkirkan kerajaan campuran itu sebagai "kerajaan minoriti untuk Flanders, mengenakan potongan yang akan dibayar oleh majoriti Flemish."

Kebanyakan rakyat di utara yang ekonomi berkembang pesat merasakan cukai mereka digunakan untuk menampung rakyat di selatan, satu ketika dahulu pusat industri negara tetapi kini ketinggalan di belakang Flanders.

Di Rupo akan menggariskan platform kerajaan campuran sebanyak 180 muka surat kepada parlimen pada Rabu, dengan perdana menteri baru bebas untuk menyertai Persidangan Kesatuan Eropah yang penting pada minggu ini. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain