suria

Pemimpin ‘Baju Merah’ Serah Diri

BANGKOK: Selepas 20 bulan bergelar pelarian, ketua militan yang mengetuai gerakan ‘baju merah’ akhirnya menyerah diri kepada pihak berkuasa pada Rabu untuk berhadapan dengan tuduhan keganasan menerusi peranannya dalam tunjuk perasaan tahun lalu.

Arisman Pongruangrong yang dapat meloloskan diri daripada ditahan pada April 2010 dengan memanjat tingkap di tingkat tiga sebuah hotel, menyerah diri di Jabatan Siasatan Khas, Kementerian Keadilan.

“Saya memahami dan menafikan semua pertuduhan ke atas saya dan akan memberikan lebih banyak kenyataan secara bertulis,”katanya kepada pemberita.

Arisman dipercayai bersembunyi di sempadan Kemboja selepas melarikan diri daripada ditangkap atas dakwaan berkaitan gerakan anti-kerajaan yang bertukar ganas.

Lebih daripada 90 orang yang kebanyakannya terdiri daripada orang awam terbunuh manakala hampir 1,900 lagi cedera dalam tunjuk perasaan yang berlangsung selama dua bulan itu.

Tunjuk perasaan itu menarik kira-kira 100,000 penyokong ‘baju merah’ yang menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Adik kepada pemimpin kontoversi itu, Yingluck Shinawatra merupakan Perdana Menteri baru Thailand selepas partinya memenangi pilihan raya negara terbabit.

Arisman dijadualkan akan dihadapkan ke mahkamah pada Rabu, dan dia dijangkakan akan memohon supaya dibebaskan dengan jaminan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain