suria

Khloe Kardashian Disaman Kerana Menyerang

LOS ANGELES: Khloe Kardashian, salah seorang bintang utama rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians disaman kerana disyaki terbabit dalam kes menyerang dan memukul wanita transgender, Chantal Spears pada 2009.

Dalam saman yang difailkan pada Jumaat di Mahkamah Teringgi Los Angeles, Chantal Spears juga dikenali sebagai Ronald S. Spears mendakwa bahawa Kardashian dan 10 lagi defendan tidak dikenali menyerangnya dengan ganas.

Menurut saman itu, Kardashian dan krew 'menyerang dan memukul plaintif dengan membelasah seluruh tubuhnya.

Serangan itu yang didakwa plaintif bukan akibat provokasi - didakwa berlaku pada 5 Disember 2009 di Hollywood.

Saman itu turut menyebut bahawa "serangan berkenaan mengakibatkan kesusahan mental ekstrem dan kesakitan fizikal" dan kecedaraan dilaporkan terlalu teruk sehingga Spears terpaksa mendapatkan khidmat pakar bedah.

Spears, yang mendakwa serangan dan kesalahan disengajakan dalam saman itu, inginkan pampasan "umum, menjadi contoh dan punitif" selain kos perubatan dan kos saman berkenaan.

Wakil peguam Kardashian dan Spears tidak memberi respon segera sebagai komen terhadap kejadian itu. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain