suria

Singapura Akan Laksana Program Penyesuaian Hidup Untuk Pembantu Rumah

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia akan melaksanakan pada pertengahan tahun depan Program Penyesuaian Hidup (Settling-in-Programme (SIP) untuk pembantu rumah yang bekerja pertama kali di sini.

Mengumumkan demikian, Menteri Negara bagi Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia Tan Chuan-Jin berkata program itu akan menggantikan Ujian Kemasukan Wajib sekarang.

Tan berkata SIP adalah satu lagi cara untuk mencapai matlamat menentukan pekerja domestik yang pertama kali ke sini dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup dan bekerja secara selamat di Singapura. Program itu akan termasuk modul mengenai kesedaran keselamatan asas khususnya di sekitaran rumah, menyesuaikan diri dengan kehidupan dan pekerjaan di Singapura, termasuk pengurusan stres, dan keadaan pekerjaan serta tanggungjawab pekerja domestik," katanya pada Hari Pekerja Domestik Asing Kedua di sini Ahad. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain