suria

Pusat Kawalan Serantau TNT Pastikan Keselamatan Barangan

SINGAPURA: TNT Express, penyedia terkemuka perkhidmatan mel dan ekspres bersepadu, akan memastikan keselamatan barangan yang dihantar, dengan pembukaan sebuah pusat kawalan keselamatan serantau yang menelan kos jutaan dolar.

Bercakap pada majlis pembukaan rasmi pusat TNT di sini pada Isnin, Josephine Teo, Menteri Negara untuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan berkata, pusat itu telah mengesahkan keupayaan Singapura dalam memajukan dan menginovasikan rumusan rantaian bekalan bagi menampung keperluan syarikat di Asia.

Mengambil keselamatan atas lokasi strategiknya di Asia Tenggara, menteri itu berkata kerajaan Singapura telah melabur dengan banyak dalam infrastruktur pengangkutan dan logistik dalam usaha memajukan pulau itu sebagai hab logistik global.

Seiring dengan pertumbuhan dalam saling hubung udara dan laut, beliau berkata lebih daripada 3,000 syarikat logistik dan tempatan kini beroperasi di Singapura, termasuk 17 daripada 25 penyedia perkhidmatan logistik terbesar dunia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain