suria

YouTube Perkenal Rekabentuk Baru Yang lebih Menyerupai TV

SAN BRUNO: YouTube pada Jumaat telah memperkenal rekabentuk baru di dalam persembahannya yang menyerupai televisyen dan turut mengumumkan bahawa mereka akan turut memperkenalkan integrasi baru yang boleh digunakan bersama Google.

"Kami telah berjaya menghasilkan satu aplikasi yang dapat mengabungkan ciri-ciri terbaik televisyen dan juga tayangan dalam talian," kata Naib Presiden Pembangunan produk YouTube, Shishir Mehrotra.

Dengan ini katanya, istilah 'video online' akan berubah kerana video selepas ini boleh diperolehi dalam semua aplikasi.

Misalnya, selepas ini aplikasi YouTube yang digunakan untuk menayangkan video di laman web boleh digunapakai pada konsol permainan video Microsoft Xbox 360 jika dihubungkan menerusi internet.

YouTube juga mengumumkan bahawa mereka memperolehi pendapatan yang berganda setiap tahun sejak 2009 dan ini termasuklah membuat keuntungan daripada tiga bilion penonton video menerusi laman tersebut setiap minggu.

YouTube juga adalah aplikasi yang paling popular dalam Google TV.

Artikel Lain