suria

Polis Hong Kong Suspek Perbuatan Khianat Punca Kebakaran Pasar Popular

HONG KONG: Polis Hong Kong berkata, mereka mengesyaki perbuatan khianat sebagai punca kebakaran yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan beratus yang lain di kawasan pasar yang popular dengan pelancong asing semalam.

Pihak berkuasa mengesahkan lebih 400 orang telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan penuh kerajaan selepas perniagaan mereka musnah akibat kebakaran itu.

Kebakaran yang berlaku di Daerah Kowloon Mongkok itu turut memusnahkan sebahagian besar kawasan pasar yang menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori wanita.

Lebih 40 mangsa terpaksa bermalam di pusat komuniti berhampiran bagi membolehkan polis meneruskan siasatan di tempat kejadian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Keselamatan Hong Kong, Ambrose S.K. Lee, Jabatan Perkhidmatan Bomba telahpun memulakan prosiding jenayah dengan membentuk sebuah pasukan khas untuk menyiasat kejadian itu.

Ini merupakan kebakaran besar yang kedua di kawasan Mongkok dalam tempoh setahun.

Ramai mangsa yang terkorban kerana tidak dapat melarikan diri kerana tangga yang dipenuhi dengan barang-barang.

Sementara itu Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang berkata, penguatkuasaan peraturan berkaitan kebakaran telah dipandang ringan dan kini beliau berhasrat untuk membentuk sebuah pasukan khas untuk menyelesaikan isu tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain