suria

PM Australia Bakal Terima Gaji & Faedah Lebih Dari Presiden AS

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard bakal mempeolehi kenaikan gaji dan faedah-faedah lain sehingga Aus$90,000 (AS$92,000) sekaligus bermakna beliau akan memperolehi pendapatan melebihi apa yang sedang dinikmati sekarang oleh Presiden Barack Obama dan juga Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Akhbar News Limited berkata, gaji asas baru Gillard selepas tribunal ganjaran bebas selesai membuat kajian semula gaji anggota kabinet dan juga ahli parlimen akan meningkat kepada Aus$473,000 setahun.

Kenaikan itu juga akan turut melibatkan anggota-anggota parlimen persekutuan dengan ahli parlimen muda akan memperolehi kenaikan dari Aus$140,000 kepada Aus$180,000 setahun.

Sebagai timbal balas, ahli-ahli parlimen persekutuan akan kehilangan beberapa kemudahan antara lain seperti penerbangan kelas pertama ke luar negara atas tugas rasmi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain