suria

Penuntut Amerika Cerita Detik Penahanan Di Kaherah

SEORANG penuntut Amerika Syarikat (AS) yang ditahan dalam tunjuk perasaan di Mesir mendedahkan bahawa dia dan dua rakannya diarahkan untuk duduk diam selama beberapa jam dalam keadaan gelap, selain diugut akan ditembak jika bergerak atau membuat bising.

“Saya percaya ia adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya,” kata salah seorang penuntut tersebut, Derrik Sweeney pada Ahad menerusi Skype dari rumahnya di Jefferson City, Missouri.

Sweeney menambah, keadaan petang 20 November lalu adalah tenang dan Dataran Tahrir dipenuhi dengan 'idea-idea demokrasi dan kebebasan'.

Ketiga-tiga mereka berada di tengah-tengah kumpulan penunjuk perasaan di luar Kementerian Dalam Negeri apabila keadaan bertambah buruk dengan suara-suara menjerit dan ada juga yang membaling batu.

“Polis juga menembak kembali sesuatu, tetapi saya tidak memastikan apakah yang ditembak.

“Kami tidak tunggu untuk melihat apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan, kumpulan terbabit lari berempuh-rempuhan dan kami juga bergegas melarikan diri,” katanya.

Sweeney menambah, mereka melarikan diri ke tempat yang lebih tenang dan dihampiri oleh empat atau lima orang Mesir yang memakai pakaian biasa.

Orang Mesir itu, dakwa Sweeney menawarkan untuk membawa mereka ke tempat yang selamat, tetapi mereka kemudiannya dibawa ke tempat tahanan.

Tambahnya, mereka diugut akan disumbat dengan gasolin, dipukul dan dipaksa untuk duduk dalam gelap selama enam jam dalam keadaan tangan bergari di belakang.

Sweeneny berkata mereka diugut: “ Jika kamu bergerak atau bising, kami akan tembak kamu.

“Mereka memukul bahagian muka dan leher kami, tetapi tidak ke tahap berdarah atau meninggalkan kesan.”

Semua mereka kembali ke tempat halaman masing-masing pada Ahad, dua hari selepas mahkamah Mesir memerintahkan mereka dilepaskan.

Pelajar berusia 19 tahun dan ditahan bersama-sama Luke Gates, 21, dari Bloomington, Indiana dan Gregory Porter, 19, yang berasal dari Glenside, Pennsylvania.

Sweeney menuntut di Universiti Georgetown, Gates di Universiti Indiana manakala Porter di Universiti Drexel yang terletak di Kaherah, berhampiran dengan Dataran Tahrir.

Tunjuk perasaan bermula selepas kejatuhan pemimpin autokratik, Hosni Mubarak dan pemerintahan diambil alih oleh pihak tentera, tetapi penunjuk perasaan mahu agar kuasa pemerintahan dipulangkan kepada kuasa awam.

Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban sejak 19 November lalu dan lebih 2,000 yang lain cedera, kebanyakkannya berlaku di Kaherah.

Pihak berkuasa Mesir mendakwa, ketiga-tiga penuntut AS itu ditahan di bumbung universiti kerana membaling bom api ke arah pasukan keselamatan yang sedang berlawan dengan penunjuk perasaan.

Bagaimanapun, Sweeney menafikan dia dan rakan-rakannya ada melakukan sebarang tindakan yang mencederakan sesiapa mahupun berada di atas bumbung itu dan membaling bahan letupan.

“Saya tidak tahu bagaimana isu berada di bumbung boleh timbul,” katanya.

“Kami tidak pernah berada di atas bumbung mahupun memasuki bangunan kampus.

“Universiti terletak di jalan tempat kami ditahan dan dipenuhi oleh orang ramai yang memecah masuk.

“Ia dipenuhi oleh penunjuk perasaan tetapi kami tidak berada di situ. Kami berada di jalan,” katanya.

Sweeney menambah, layanan terhadap mereka bertambah dengan drastik selepas malam pertama ditahan dan dia dapat menghubungi pihak kedutaan, ibunya dan juga peguam.

Dia juga menafikan dakwaan bahawa mereka ditemubual secara betul oleh pihak berkuasa Mesir.

“Memang ada kesan yang ketara antara malam pertama dan tiga atau berapa lama selepas itu.

“Selepas malam pertama, kami dilayan dengan saksama. Kami diberi makanan apabila diperlukan dan ia adalah OK,” katanya.

Semua mereka menaiki penerbangan yang berbeza semasa meninggalkan Mesir dan Porter dan Gates enggan mengulas mengenai penahanan mereka.

“Saya tidak akan megambil kejadian ini sebagai sesuatu yang negatif, ia (Mesir) masih negara yang baik,” kata Gates.

Porter berkata, dia berterima kasih dengan bantuan yang diterima daripada Kedutaan AS di Kaherah dan pihak pentadbiran universiti serta peguam-peguam di Mesir dan AS.

“Saya bersyukur dapat kembali di Philadephia buat masa ini,” katanya. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain