suria

Lukisan Terawal Walt Disney Dilelong

RENO (NEVADA): Lukisan oleh Walt Disney yang turut mengandungi tanda tangan beliau akan dilelong dalam satu majlis yang akan diadakan minggu ini.

Lukisan aneh seorang lelaki memakai topi bersama cerut dilukis pada sekitar tahun 1920 sebelum Disney dikenali di dalam dunia hiburan.

Lukisan yang dianggarkan bernilai antara $35,000 (RM 111,860) dan $50,000 (RM159,800) adalah satu daripada 1,500 barangan yang akan dilelong dalam majlis selama dua hari itu di Resort Kasio Atlantis.

Majlis lelongan tersebut dianjurkan oleh Syarikat Holabird-Kagin Americana.

Jurucakap syarikat itu, Fred Holabird berkata, lukisan yang ditandatangani oleh Disney adalah unik dan lukisan tersebut merupakan salah satu daripada lukisan terawal yang pernah dilukis beliau.

Turut akan dilelong adalah duit syiling emas California yang dijangkakan akan mencecah nilai sehingga $175,000 (RM559,300) - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain