suria

Hampir Sejuta Calon Saing Untuk 18,000 Jawatan Kerajaan

BEIJING: Seramai 970,000 calon menduduki peperiksaan tahunan untuk mengisi 18,000 jawatan dalam perkhidmatan awam China, yang dianggap pekerjaan yang terjamin dalam persekitaran yang kompetitif.

Agensi kerajaan pusat akan mengisi 18,000 jawatan kosong tahun depan dan ini bermakna satu daripada 54 calon yang menduduki peperiksaan akan mendapatkan jawatan kerajaan, menurut Pentadbiran Perkhidmatan Awam China.

Jumlah calon yang menduduki peperiksaan tahun ini merosot sedikit berbanding 1.03 juta calon tahun lepas berikutan calon disyaratkan memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua tahun.

Ramai rakyat China berusaha mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam negara itu kerana pelbagai kemudahan termasuk kos penjagaan kesihatan yang rendah, perumahan yang mampu serta subsidi pengangkutan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain