suria

Wanita Disyaki Rebus Mayat Suami

KARACHI: Polis mengesahkan bahawa mereka menahan seorang wanita di sini kerana disyaki membunuh, memotong dan merebus mayat suaminya bagi menghapuskan bukti pembunuhan tersebut.

Pegawai polis, Khalid Nadeem Baig pada Jumaat berkata, Zainab Bibi, 42, memberitahu dia membunuh suaminya kerana dia cuba mencabul anak perempuannya daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 17 tahun.

Baig menambah, Bibi mengkhayalkan suaminya dengan mencampurkan pil tidur ke dalam teh sebelum mencekik leher lelaki tersebut dengan menggunakan tali.

Dia dan anak saudaranya kemudian memotong mayat lelaki itu sebelum direbus.

Polis juga memberitahu, jenayah itu terbongkar ekoran aduan daripada jiran yang menghidu bau busuk dari rumah Bibi.

Turut ditahan adalah anak saudara Bibi. - AP

Artikel Lain