suria

Pelajar Chile Bertempur Dengan Polis Dalam Tunjuk Perasaan

SANTIAGO: Pelajar di Chile bertempur dengan polis pada Khamis, dalam tunjuk perasaan yang diadakan bagi menuntut lebih banyak dana untuk sekolah awam.

Polis menggunakan bom air dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang menutupi muka mereka sambil membaling batu dan botol.

Kira-kira 20 penunjuk perasaan ditahan.

Sebahagian daripada penunjuk perasan itu turut membakar trak dan memecahkan tingkap kenderaan, kata salah seorang pemilik kereta, Omar Nunez.

Tunjuk perasaan tersebut dilancarkan sejak enam bulan lalu bagi menuntut lebih banyak dana disalurkan kepada sekolah awam dan juga perubahan dilakukan terhadap sistem pendidikan.

Kebanyakkan tunjuk perasaan yang berlaku akhir-akhir ini menyaksikan pertembungan antara penunjuk perasaan dengan anggota keselamatan.

Tunjuk perasaan yang terbaru diadakan semasa Ahli Kongres Chile sedang mengadakan perbincangan mengenai dana pendidikan.

Jurucakap kerajaan, Andres Chawick berkata, tunjuk perasaan itu tidak perlu dilakukan kerana usaha sedang dilakukan bagi mencapai persetujuan mengenai perkara berkenaan. - AP

Artikel Lain