suria

Mexico Tahan Semula Enam Tahanan Yang Melarikan Diri

BANDAR MEXICO: Enam banduan yang melarikan diri daripada penjara koloni tinggalan Amerika Syarikat di sebuah pulau ditahan selepas mereka 'muncul' di tengah lautan.

Semua banduan tersebut menggunakan pelampung dan kepingan kayu untuk kekal terapung di laut dan perbuatan itu seakan-akan sama dengan aksi dalam filem 'Papillon' yang ditayangkan pada tahun 1973.

Tentera Laut Mexico memberitahu, enam banduan itu berada kira-kira 93 kilometer daripada tempat peranginan Puerto Vallarta di lautan Pasifik semasa dilihat oleh bot nelayan.

Penjara tersebut, Islas Marias terletak kira-kira 112 kilometer daripada daratan, tetapi semua banduan terbabit tidak pula berenang ke arah pantai yang terdekat.

Sebaliknya, mereka menuju ke arah yang lebih jauh dan tidak dapat dipastikan sama ada ia disebabkan oleh ombak kuat ataupun semua banduan berkenaan tidak tahu destinasi yang hendak dituju. - AP

Artikel Lain